Wednesday, 17 October 2012

Malam Mahabbah 2.0

Pada 4 Oktober 2012 (Khamis), GPMS UIAM telah mengadakan program Malam Mahabbah 2.0 bertempat di Multipurpose Hall FFSD. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan penerangan yang lebih jelas kepada ahli-ahli GPMS UIAM berkenaan prinsip perjuangan yang ditegakkan dalam GPMS itu sendiri. Presiden GPMS Kebangsaan, Saudara Jais Bin Abd Karim telah hadir ke program ini bagi menyampaikan sendiri ceramah kepada para hadirin dengan tajuk "Perjuangan GPMS atas dasar non-partisan. Program yang bermula pada jam 9.00 malam ini telah dihadiri oleh beberapa ahli majlis teringgi GPMS Kebangsaan antaranya Y.Bhg Dato' Hj. Irmohizam Bin Hj. Ibrahim dan Saudara Alif Anas Bin Hj Md. Noor. Wakil-wakil dari GPMS Cawangan Wangsa Maju, GPMS Cawangan Khas UniSel Bestari Jaya dan GPMS Cawangan Khas Kolej Islam Antarabangsa turut hadir sama sebagai tanda sokongan dan ukhwah kepada GPMS UIAM.



YDP GPMS UIAM, Saudara Mohd Salleh Bin Tugimin telah memberikan ucapan beliau dengan menyatakan objektif program Malam Mahabbah 2.0 diadakan bagi memberikan penerangan yang lebih jelas tentang dasar perjuangan GPMS dan signifikannya kepada ahli-ahli GPMS. Beliau turut memberitahu  kejayaan program Malam Mahabbah 1.0 Ahli Keluarga GPMS UIAM yang telah berjaya menarik ramai ahli-ahli baru untuk menyertai GPMS UIAM. Program Malam Mahabbah yang diadakan seperti itu mampu menyatukan hati setiap ahli GPMS UIAM. Selain itu, Saudara Salleh memberitahu bahawa program pada malam ini bertindih dengan Majlis Konvokesyen UIAM yang turut berlangsung pada masa yang sama, menyebabkan rekod kehadiran berkurangan kerana ramai yang terlibat dengan majlis tersebut.

Seterusnya, Presiden GPMS Kebangsaan, Saudara Jais Bin Abdul Karim menyampaikan ucaptama beliau. Dalam ucapannya, Saudara Jais ada memberikan persoalan antara pendidikan dan motivasi, yang manakah lebih penting? Sudah pastilah pendidikan lebih penting dan falsafah GPMS sendiri adalah 'Belajar terus belajar'. Beliau turut menyelitkan bahawa Pilihan Raya Kampus (PRK) merupakan platform untuk melatih dan mempraktikkan ilmu kepimpinan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa GPMS tidak menyebelahi mana-mana parti sama ada UMNO, PAS, mahupun parti-parti lain. Pernah suatu ketika beliau sendiri datang ke Kelantan dan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Seri Nik Aziz Bin Nik Mat tetapi ditolak mentah-mentah dengan YB Dato' Seri Nik Aziz menyatakan GPMS tidak diterima di Kelantan disebabkan GPMS bersifat perkauman. Walau bagaimanapun, Saudara Jais telah memberikan penerangan kepada YB Dato' Seri Nik Aziz berkenaan hala tuju sebenar GPMS dan kemudian, barulah GPMS diterima di sana. Dalam masa yang sama, Saudara Jais turut memberikan penekanan terhadap hala tuju GPMS yang pertama iaitu GPMS memperjuangkan pendidikan dan orang Melayu atas dasar non-partisan. Akhir kalam, beliau memberi sebuah pepatah penting "Pemimpin tidak pernah lahir di bilik darjah tetapi lahir daripada himpunan masalah dan rakan-rakan".



Usai ucaptama daripada Saudara Jais, para hadirin dihiburkan pula dengan persembahan istimewa daripada kumpulan 'Voice of Nasyid Club' UIA. Mereka mendendangkan 3 buah lagu dan turut mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Seterusnya, cabutan bertuah turut diadakan bagi 20 orang yang bertuah. Majlis tamat pada jam 11.05 malam.


Wednesday, 3 October 2012

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kampus IIUM 2012 (SRC General Election)

IIUM, 2 Oktober – Hari bersejarah buat seluruh warga UIAM apabila Pilihanraya Kampus 2012 diadakan semula secara manual kelmarin setelah keputusan pilihanraya kampus 25 September lalu dibatalkan akibat kerosakan sistem undian elektronik (e-voting).
Keputusan pilihanraya diumumkan bermula pada pukul 8.45 malam di perkarangan Kompleks Sukan Lelaki (Male Sports Complex) oleh wakil-wakil suruhanjaya secara beransur-ansur. Keputusan terakhir diumumkan untuk Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan (IRKHS).
Para pelajar UIA menunggu keputusan yang masih belum diumumkan sambil melantunkan selawat secara beramai-ramai. Sebaik sahaja semua keputusan diumumkan, pelajar UIA melakukan sujud syukur beramai-ramai, membaca do’a wehdah dan doa penutup.

Berikut merupakan keputusan rasmi undian calon-calon pilihanraya yang bertanding:

Gombak Campus:

AIKOL Constituency:
1. Mohamed Zaid Mohamed Azlan 672
2. Muhammad Kamil Abdul Munim 608

ENGINEERING Constituency:
1. Hafis Firdaus Mohamad 1406
2. Anas Mazli 1323

KENMS Constituency:
1. Muhammad Hamidi Zamri 981
2. Siti ‘Aishah Jauhara Surtahman 935

KICT Constituency:
1. Hafizah Md. Hisma 456
2. Irma Pammusu 396

INSTEAD Constituency:
1. Nuruljannah Ismail 296
2. Siti Solehah Abdillah 273

IRKHS Constituency:
1. Izzat Afif Abdullah 1949
2. Noor Ashikin Ibrahim 1687

KAED Constituency:
1. Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri 611
2. Ariff Mohd Azlan 575

INTERNATIONAL Constituency:
1. Ibrahim A.S Juneidi 317
2. Sebghatullah Qazi Zada 306
3. Mohammad Ziaolhaq 299
4. Esra Ozturk 271

Kuantan Campus

Allied Health Science Constituency:
1. Muhd Razani Azmi 420
2. Aida Noorsyuhada Zuraidi 398

Dentistry Constituency:
1. Najibah Mohammad Kazmin 135
2. Muhammad Faiz Mohamed 115

Medicine Constituency:
1. Ahmad Syahid Ibrahim Won Uncontested
2. Hanis Abdul Rani Won Uncontested

Nursing Constituency:
1. Nuur Asyrafuddin Mohd Said 206
2. Fatimah Mohamad 108

Pharmacy Constituency:
1. Farah Atiqah Mohd Husni 282
2. Muhammad Zulhilmi Mohd Razali 280

Science Constituency:
1. Ahmad Fathi Mohd Salleh 771
2. Alyaa Zahraa Ahmad Fadzil 499

International Constituency:
1. Majid Maftalong Won Uncontested

source: http://www.marufclub.com/2012/10/keputusan-rasmi-pilihanraya-kampus-iium-2012-src-general-election/

Friday, 21 September 2012

Mahabbah Night with Family GPMS UIAM

Assalamualaikum W.B.T

Pada 20 Septermber 2012, GPMS Cawangan Khas UIAM telah mengadakan sebuah program bernama 'Mahabbah Night with Family GPMS UIAM' bertempat di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan GPMS kepada ahli-ahli baru selain untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli-ahli baru dengan ahli-ahli lama dalam GPMS. Dalam masa yang sama, perancangan program yang bakal dilaksanakan sepanjang semester 1 2012/2013 turut dihebahkan.

Program santai ini telah dihadiri seramai 80 orang ahli di mana 53 orang daripadanya merupakan ahli baru yang berdaftar. Tidak ketinggalan, program ini turut dihadiri oleh Saudara Alang yang merupakan Presiden GPMS Cawangan Wangsa Maju untuk memberi kata-kata semangat kepada ahli baru yang hadir.

Jam 9.15 malam program dimulakan dengan bacaan doa oleh YDP GPMS UIAM, Saudara Mohd Salleh Bin Togimin, diikuti dengan nyanyian lagu GPMS dan bacaan mukaddimah GPMS oleh Saudara Mohammad Akhmal Bin Muhamed Supian. Program diteruskan lagi dengan sesi taaruf GPMS yang dikendalikan oleh YDP GPMS UIAM, Saudara Mohd Salleh Bin Togimin di samping memperkenalkan barisan mainboard GPMS UIAM sesi 2012/2013 kepada ahli-ahli baru. Selesai sesi taaruf GPMS, Saudara Mohd Aswad Bin Faudzi pula mengendalikan sesi taaruf bersama ahli-ahli baru seperti dalam bentuk modul yang dibuat dalam kem-kem motivasi. Sebelum program yang berlangsung selama 2 jam ini berakhir, sesi kuiz yang berkisar tentang GPMS turut diadakan dan cenderahati bagi ahli yang berjaya menjawab soalan dengan tepat juga disediakan.








Diharapkan agar ahli-ahli baru dapat terus menyokong dan menyertai program-program yang bakal diadakan oleh GPMS UIAM. Semoga ukhwah kita kekal bertaut.  :)

"dan Dia (Allah) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Surah Al-Anfal : 63)

Thursday, 16 August 2012

Aktiviti : Iftar BBQ

Assalamualaikum w.b.t.

Di saat corong-corong radio mula memutarkan alunan lagu-lagu raya, kami dari GPMS Cawangan Khas UIAM gigih menghidupkan arang-arang untuk dijadikan bara api BBQ.

Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan lancar di bawah naungan Saudara Yus sebagai PM. Seramai hampir 40 orang ahli baru dan lama GPMS telah menyertai BBQ kali ini. Turut serta dalam acara makan-makan ini ialah wakil dari GPMS Wilayah Persekutuan dan juga mantan-mantan GPMS UIAM.

Acara bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada pukul 9.00 malam ini nyata mampu mengukuhkan lagi tali persaudaraan di kalangan ahli-ahli. Aktiviti seperti ini boleh dijadikan sebagai satu platform dalam usaha memastikan 'bonding' sesama ahli sentiasa terjalin.







Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan ini :

Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Sunday, 5 August 2012

Aktiviti GPMS UIAM di bulan Ramadan 1433

Salam Ramadhan. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui dan sekarang kita telah memasuki 10 fasa terakhir iaitu fasa pembebasan dari api neraka (Freedom from Hell).


Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan kali ini, kami dari GPMS Cawangan Khas UIAM telah berpeluang untuk sama-sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Wangsa Maju. 

Program yang diberi nama MAJLIS SUMBANGAN BULAN RAMADHAN 2012 anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju telah dijalankan pada 29 Julai, 2 Ogos dan 5 Ogos melibatkan sebanyak 5 buah masjid dan juga surau.

 Bertugas sebagai sukarelawan bagi program ini tidaklah sesukar mana. Kami hanya menolong dari segi melancarkan proses pengagihan hamper-hamper kepada penerima. 

Aktiviti-aktiviti sukarelawan begini banyak mengajar kami tentang pentingnya untuk kita mendekati masyarakat setempat yang memerlukan bantuan. Bukan berbangga, tapi kami 'puas hati' tatkala melihat wajah-wajah kegembiraan mereka apabila menerima bantuan sebegitu. 



"Ya Allah, semoga adik-adik mendapat kejayaan" 
- Mak Cik di Surau At-taqwa.

"Buat kerja ni kena ikhlas. Bukan sebab imbuhan atau apa-apa" 

- Pak Cik di Masjid Salahuddin Al-ayyubi.


"Jangan pernah serik buat kerja-kerja macamni" 

- Dato' Syafie.



"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Maafkanlah kami Ya Rabb. Berkatilah kami dalam Bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini permulaan kebaikan dan penghijrahan buat kami ke arah yang lebih baik untuk menambahkan Taqwa kepada-Mu Ya Allah."








Sekian, terima kasih.

Tuesday, 31 July 2012

Perpaduan Melayu.



Perpaduan Melayu semakin kencang diperkatakan selepas pilihan raya umum lalu. Kemaraan pembangkang juga bertambah di parlimen. Isu perpaduan Melayu dicetuskan oleh kelompok yang prihatin dengan masa depan kuasa politik orang Melayu di Malaysia. Selama 50 tahun kuasa pentadbiran negara berada di tangan kaum itu tanpa dapat digugat oleh mana-mana pihak.

Kelompok nasionalis amat risau dan susah hati jika Melayu hilang kuasa manakala kelompok aliran agama, mereka tidak risau kerana bagi mereka kekuatan dan perpaduan Melayu terletak di dalam agama. Jika kuat penghayatan agama maka kuatlah Melayu.

Sejarah tamadun-tamadun di kepulauan Melayu dan Indocina silih-berganti. Kerajaan-kerajaan ini banyak bersandarkan kepada agama seperti Islam dan Hindu-Buddha. Tetapi tamadun pada zaman moden sangat berbeza. Amerika Syarikat menjadi sebuah negara bertaraf "super power" atau kuasa dunia kerana kekuatan ketenteraan dan ekonomi yang besar. Negara itu juga menguasai kekuatan teknologi maklumat, modal insan dan sosial masyarakat.

Walau bagaimanapun satu faktor kritikal yang menjadikan negara-negara kuasa dunia yang lain seperti Britain menjadi kuat dan berpengaruh ialah modal insan. Britain yang pernah menjadi empayar 200 tahun yang lalu tidak lagi kuat kerana pemimpin dan rakyatnya leka dengan kemewahan hidup dan kekuatan tersebut digantikan dengan negara lain.
"Maha suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia maha perkasa dan maha pengampun." (Al-Mulk:2)
 
Apakah teras kepada perpaduan Melayu yang hakiki? Bagi seorang ahli politik yang sayangkan bangsanya, dia akan melihat dari perspektif kuasa politik yang diperoleh melalui pilihan raya. Kuasa tersebut mesti dimenangi, dipertahankan dan dikekalkan. Manakala bagi seorang pejuang agama, dia melihat perpaduan Melayu dari perspektif kekuatan agama. Kuat agama maka kuatlah Melayu.

Bagi mengulas isu ini iaitu yang mana sepatutnya menjadi teras kepada perpaduan Melayu, adalah lebih baik kita melihat strategi Muhammad bin Abdullah saw menggerakkan umat Arab untuk bersatu dan menguasai sebahagian besar dunia dengan bermaruah.

Bangsa Arab menjadi kuat dan berpengaruh kerana mereka mengambil Islam sebagai cara hidup. Islam telah membentuk nilai-nilai yang menggerakkan kekuatan, kehebatan dan perjuangan yang luar biasa sehingga makam pahlawan dan pendakwah berselerak di merata tempat. Makam Saad bin Abi Waqas berada di China manakala kubur pedagang-pedagang Arab berselerakan di kepulauan Melayu.

Modul perubahan diri yang diguna pakai oleh Nabi Muhammad saw ialah al-quran dan sunnah. Kedua-dua bahan ini merupakan alat penting untuk melakukan transformasi umat Arab daripada menjadi masyarakat jahiliyah kepada sebuah bangsa yang menguasai dunia. Proses pembentukan dan pengukuhan ini terbina dalam masa 23 tahun sahaja.


Al-quran dan sunnah merupakan modul khas pendidikan daripada Allah swt untuk menjadi panduan dan rujukan kepada manusia. Al-quran dan sunnah mengajar dan mengajak manusia untuk berakhlak yang baik, lembut dan berbicara dengan santun. Rasulullah saw memulakan proses berkenaan sedikit demi sedikit dengan menguatkan asas akidah, mengukuhkan persaudaraan dan keyakinan kepada Islam. Seterusnya barulah dikembangkan kepada sosial, politik dan ekonomi. Ia sesuai dengan tugs seorang rasul iaitu membawa khabar gembira, menyampaikan peringatan, menjadi saksi umat di akhirat kelak serta khabar syurga dan neraka.

Al-quran dipenuhi dengan cerita-cerita untuk diambil sebagai teladan seperti Ashab al-kahfi atau Abu Lahab.

Pada peringkat awal, baginda saw menyampaikan asas-asas akidah melalui kumpulan usrah yang kecil. Di sinilah nilai-nilai bangga dengan Islam, berasa mulia dengan Islam dan sanggup mempertahankan Islam dibentuk. Perkara yang paling penting ialah proses membebaskan pemikiran daripada budaya dan amalan jahiliyah kepada perasaan bangga dan berasa hebat apabila bersama dengan Islam.

Nilai-nilai inilah yang menjadikan Umar Al-Khattab r.a seorang yang adil, Hatim seorang yang dermawan, Al-Ahnaf seorang penyantun dan sopan, Ibrahim bin Adham seorang yang zuhud dalam kehidupannya, Ibnu Al-Jauzi seorang yang hebat nasihatnya, 'Antarah seorang yang berani, Abu Hanifah seorang yang cerdas dalam fikah, Abu Zar seorang yang jujur, Ibnu Khaldun yang pakar sejarah, Ubay bin Kaab r.a seorang pakar dalam bidang bacaan al-quran, Umar Abdul Aziz seorang khalifah yang soleh dan Imam Bukhari pakar dalam bidang hadis.

Masa depan perpaduan Melayu tidak akan muncul dari kelompok nasionalis yang menggunakan perpaduan bangsa sebagai tema sebaliknya perpaduan Melayu akan terserlah di tangan pejuang-pejuang agama. Mereka ini tidak semestinya berada di dalam kelompok politik sebaliknya boleh jadi dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sebuah jemaah Islamiah yang mempunyai ahli-ahli yang ikhlas untuk menegakkan kasih-sayang sesama umat Islam. Momentum gerakan kelompok ini semakin kuat apabila masyarakat Melayu sendiri secara beramai-ramai mula mencari pendekatan untuk menyelesaikan masalah mereka yang merisaukan seperti isu peljar sekolah dan remaja Melayu pada hari ini.

Orang-orang Melayu yang mula bimbang dan cemas apabila melihat tingkah laku remaja mereka pada hari ini, mula mencari jalan keluar kepada keadaan ini. Semakin hari semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah agama dan kerajaan sendiri terpaksa menambah sekolah aliran ini. Ini adalah petanda bahawa masyarakat Melayu menaruh keyakinan yang sangat tinggi terhadap agama Islam sebagai benteng kerosakan akhlak anak-anak mereka.


Pejuang kebangsaan hanya dapat melaungkan suara perpaduan tetapi mereka ketandusan teras. Tempat mereka ini sedang diambil alih oleh kelompok yang memahami benar punca perpaduan yang mengutamakan kasih-sayang dengan agama sebagai teras. Mereka ini mahu mendidik masyarakat dengan asas kefahaman dan praktikal Islam dan pasa masa yang sama berbakti seluas-luasnya kepada masyarakat.

Orang Melayu lemas dengan kehidupan yang tidak selamat, jenayah berlaku setiap hari dan pemimpin yang tidak amanah. Mereka lari kepada agama kerana ingin mendapatkan keselamatan, melenyapkan jenayah dan menolak keluar pemimpin yang mungkar.

Penyelesaian kepada ketiga-tiga isu ini dan isu-isu lain ialah mengukuhkan kefahaman kepada agama Islam. Dalam agama ada pendidikan, politik, eknomi dan sosial yang mana akan memberi kuasa dominan kepada mereka. Arab menjadi kuat kerana Islam. Turki menjadi bangsa hebat kerana Islam dan Melayu boleh menjadi lebih hebat jika mengambil Islam sepenuhnya.

Kita tidak mahu perpaduan Melayu hanya kerana menjaga kuasa kelompok elit dalam masyarakat yang menyalah guna kuasa dan amanah. Apa yang kita mahu ialah perpaduan Melayu yang menguntungkan rakyat keseluruhannya. Kita mahu implikasi perpaduan tersebut membawa kesejahteraan kepada bangsa-bangsa lain supaya mereka hormat kepada bangsa Melayu dan mahu berterima kasih.

Perpaduan Melayu tanpa kasih-sayang adalah perpaduan yang sia-sia. Persengketaan dan perpecahan Melayu hanya dapat diselesaikan dengan kasih dan sayang yang lahir dari hati yang bersih. Sebelum kasih-sayang muncul, hati-hati yang ada pada setiap orang Melayu mesti ditempa dan dicanai supaya lahir keinginan untuk berkasih-sayang.

Rasulullah saw juga mengambil masa untuk memproses hati kaum Ansar dan Muhajirin. Namun setelah wujudnya akidah yang satu, perasaan kasih-sayang yang jitu dan kefahaman Islam yang padu, kekuatan umat dan bangsa Arab menaungi seluruh dunia.

"Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka baginya tidak ada seorang pun yang akan memberi petunjuk." (Al-Ra'd:33)

Sumber:http://pejuangmelaka.blogspot.com

Wednesday, 18 July 2012

Marhaban ya Ramadhan Kareem



              
 
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”
(AL-BAQARAH : 183)

GPMS Cawangan Khas UIAM dengan setulus hati mendoakan  :-

Semoga Ramadhan pada tahun 1433H ini bakal menjadi sejarah permulaan puasa yang sebenar-benarnya, bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu jiwa dan rasa,  seperti hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim : 

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor. Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa’

            Kerana Ramadhan itu adalah bulan yang mulia - telah diturunkan Al-Qur’an dalam bulan Rahmah ini, telah dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam setiap amal soleh yang dikerjakan, telah disebut keuntungan besar kepada mereka yang sentiasa mengejar Rahmat Allah dan telah dijanjikan nikmat ganjaran malam Lailatul Qadr. Hadith riwayat al-Nasaai :

‘Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.’ 

Nauzubillahiminzalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadith di atas





Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Bukan bazaar ramadhan yang kita nantikan, bukan juga nikmat bermoreh yang kita kejarkan.  Tetapi berlumbalah untuk menggandakan amalan dan prestasi ibadah dalam madrasah yang penuh kenikmatan dan rahmah ini. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan:)
 

‘This coming Ramadan, eat less and think more because the amount of food you eat in Ramadan should be less than in other months’ 
 Prof Tariq Ramadan