“Wahai
orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia
telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu
bertaqwa”
(AL-BAQARAH : 183)
GPMS Cawangan Khas UIAM dengan
setulus hati mendoakan :-
Semoga
Ramadhan pada tahun 1433H ini bakal menjadi sejarah permulaan puasa yang
sebenar-benarnya, bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu
jiwa dan rasa, seperti hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibn
Khuzaimah dan al-Hakim :
‘Bukanlah berpuasa itu sekadar
menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri
dari perkara yang sia-sia dan kotor. Jika kamu dimaki oleh seseorang atau
diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa’
Kerana
Ramadhan itu adalah bulan yang mulia - telah diturunkan Al-Qur’an dalam bulan
Rahmah ini, telah dijanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam setiap amal
soleh yang dikerjakan, telah disebut keuntungan besar kepada mereka yang sentiasa
mengejar Rahmat Allah dan telah dijanjikan nikmat ganjaran malam Lailatul Qadr.
Hadith riwayat al-Nasaai :
‘Wahai
sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh
keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla
puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para
Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu
hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.’
Nauzubillahiminzalik. Semoga kita
tidak tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadith di atas
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik
mungkin. Bukan bazaar ramadhan yang kita nantikan, bukan juga nikmat bermoreh
yang kita kejarkan. Tetapi berlumbalah untuk menggandakan
amalan dan prestasi ibadah dalam madrasah yang penuh kenikmatan dan rahmah ini. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan:)
‘This coming
Ramadan, eat less and think more because the amount of food you eat in Ramadan
should be less than in other months’
Prof Tariq Ramadan
No comments:
Post a Comment