Di saat corong-corong radio mula memutarkan alunan lagu-lagu raya, kami dari GPMS Cawangan Khas UIAM gigih menghidupkan arang-arang untuk dijadikan bara api BBQ.
Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan lancar di bawah naungan Saudara Yus sebagai PM. Seramai hampir 40 orang ahli baru dan lama GPMS telah menyertai BBQ kali ini. Turut serta dalam acara makan-makan ini ialah wakil dari GPMS Wilayah Persekutuan dan juga mantan-mantan GPMS UIAM.
Acara bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada pukul 9.00 malam ini nyata mampu mengukuhkan lagi tali persaudaraan di kalangan ahli-ahli. Aktiviti seperti ini boleh dijadikan sebagai satu platform dalam usaha memastikan 'bonding' sesama ahli sentiasa terjalin.
Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan ini :
Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)
No comments:
Post a Comment