Pada 11 Mei 2013 yang lepas, Family GPMS UIAM sekali lagi mengadakan acara BBQ Night bersama ahli-ahli GPMS UIAM. Turut tidak ketinggalan, para alumni GPMS UIAM yang turut hadir sama bagi memeriahkan acara BBQ ini yang merupakan acara wajib pada setiap semester. Dalam masa yang sama, BBQ ini diadakan bagi tujuan memperkenalkan ahli-ahli baru GPMS UIAM kepada para alumni yang selama ini banyak menabur jasa dalam membangunkan GPMS UIAM.
Antara aktiviti lain yang diadakan pada malam tersebut ialah sukaneka di mana ahli-ahli turut bergabung bersama alumni dalam menyertainya. Acara memecahkan belon dan cari gula dalam tepung adalah antara aktiviti sukaneka yang diadakan pada malam tersebut. Para hadirin yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan istimewa dari alumni bersama band yang dibawa khas oleh mereka. Semoga ikatan ukhwah dalam kalangan keluarga besar kami Family GPMS UIAM akan terus utuh sehingga pada masa akan datang..
No comments:
Post a Comment