Assalamualaikum W.B.T ...
Pada 10 Mac 2013 bersamaan hari Ahad yang lepas-lepas, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UIAM telah mengadakan Kursus Asas Fasillitator, KAF, yang bertujuan berkongsi pengetahuan asas fasilitator kepada pelajar uiam 2013 yang berminat. Kursus ini juga merupakan persediaan awal kepada bakal-bakal fasilitator yang akan menggalas tanggungjawab di Kem Kecemerlangan Parlimen Tasek Gelugor pada 16-18 Mac 2013.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menerapkan kemahiran asas kepada peserta. Jutaan terima kasih kepada semua ahli yang hadir memeriahkan program ini. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebaik mungkin, inshaa Allah. Belajar terus belajar!
"Menuntut ilmu itu (belajar) wajib bagi Muslim dan Muslimah." (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment