Wednesday, 27 March 2013

Aktiviti: KAF 2013


Assalamualaikum W.B.T ...

Pada 10 Mac 2013 bersamaan hari Ahad yang lepas-lepas, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UIAM telah mengadakan Kursus Asas Fasillitator, KAF, yang bertujuan berkongsi pengetahuan asas fasilitator kepada pelajar uiam 2013 yang berminat. Kursus ini juga merupakan persediaan awal kepada bakal-bakal fasilitator yang akan menggalas tanggungjawab di Kem Kecemerlangan Parlimen Tasek Gelugor pada 16-18 Mac 2013.










Alhamdulillah, dengan izin Allah, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menerapkan kemahiran asas kepada peserta. Jutaan terima kasih kepada semua ahli yang hadir memeriahkan program ini. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebaik mungkin, inshaa Allah. Belajar terus belajar! 

"Menuntut ilmu itu (belajar) wajib bagi Muslim dan Muslimah." (HR Muslim)

Annual Grand Meeting (AGM) GPMS UIAM sesi 2013

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t

AGM GPMS kali ini diadakan di HS Theater room 1 dan telah dihadiri seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru dan lama serta para alumni.

      Program bermula dengan pendaftaran ahli, dan ketibaan Saudara Mohd Redzuan b Mohamed Yusoff, Ahli Majlis Tertinggi GPMS. Usai menyambut VIP dan bacaan doa pembuka, majlis diteruskan dengan ucap tama dari Saudara Salleh Togimin dan ucapan perasmian oleh Saudara Mohd Redzuan b Mohamed Yusoff.

      Kemudian, Saudari Marhanis Syazwani bt Mohd Fuat, Setiausaha GPMS UIAM dan Saudari Nur Shahidda bt Muzamil, Bendahari GPMS UIAM masing-masing membentangkan report tahunan dan laporankewangan tahunan GPMS.

      Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengumuman Ahli Majlis Tertinggi GPMS UIAM 2013/2014, dan seterusnya sepatah dua kata dari Yang Di-Pertua baru GPMS UIAM, Saudari Azeqa bt Ahmad.

      Setelah ditayangkan beberapa tayangan program lalu dan yang bakal dianjurkan, peserta yang hadir kemudiannya menjamah jamuan ringan sebelum majlis akhirnya ditutup pada pukul 11 malam.








Berikut merupakan senarai bagi Ahli Majlis Tertinggi GPMS Cawangan Khas UIAM,


Yang Di Pertua : Azeqa Binti Ahmad

Timbalan Yang Di Pertua : Muhammad Aswad Bin Faudzi

Naib Yang Di Pertua 1: Marhanis Syazwani Binti Mohd Fuat


Naib Yang Di Pertua 2 : Munieroh Binti Osman


Naib Yang Di Pertua 3 : Siti Sarah Binti Nordin


Setiausaha : Siti Shamsiah Binti Salleh


Penolong Setiausaha : Ammielyya Jussnieza Binti Ahmad Jafri


Bendahari : Nurul Ain Binti Rosli


Ketua Penerangan : Nurul Aifaa Binti Osman


Exco :


1. Latihan & Pembangunan : Khairun Nizam Bin Hosen

Penolong : Nur Amirah Binti Zulkefli


2. Fasilitator : Nurwafa Binti Ahmad Suffian


Penolong : Mohd Munawar Fuadi Bin Abdullah


3. Sukan & Rekreasi : Danial Syafiq Bin Konzashah


Penolong : Nur Amira Binti Lukman


4. Multimedia : Mohammad Izzuddin Bin Mohamad Noh

 Penolong : Masrurah Binti Suhaimee

5. Perkaderan : Siti Nurain Binti Kamaruddin


Penolong : Adrina Adawiyah


6. Dakwah & Tarbiah : Muhammad Noor Bin Mazlan


Penolong : Siti Nur Syazwani Binti Abdul Razak


7. Kebajikan & Sponser : Nurul Syamimi Binti Ahmad Termizi


Penolong: Nurul Taqiah Binti Mohd Talib


8. Keusahawanan : Farah Nadia Binti Shamsul Anwar


Penolong : Muhammad Khuzairie Bin Shafei


9. Alumni & T.O.T : Mohd Salleh Bin Tugimin


Penolong : Nabilah Binti Mustapha



Berkat usaha para committee bertungkus lumus menjayakan program malam ini, alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar.

Doa dan harapan kami ahli GPMS, semoga ukhuwah yang terbina antara ahli baru dan lama akan berkekalan selamanya....amin..........

Aktiviti: Booth Student Carnival


Assalamualaikum W.B.T ...

Pada 12-14 Mac 2013 bersamaan hari Selasa hingga Khamis yang lepas-lepas, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UIAM telah membuka 'booth' sempena IIUM Sports Carnival 2013, ISC '13, yang bertujuan mempromosi dan membuka keahlian baru kepada warga UIAM 2013/2014. 





Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya menarik minat ramai pelajar-pelajar baru bagi menguatkan tenaga kerja kami. Jutaan terima kasih juga kepada semua yang hadir bertugas bagi menjayakan 'booth' ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, inshaa Allah. Belajar terus belajar! 

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu toong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan." (al-Maidah: 2)

Wednesday, 13 March 2013

Mass Gathering 2013


"Mass Gathering is an event attended by a sufficient number of people to strain the planning and response resources of the host community, state/province, nation, or region where it is being held "


Assalamualaikum wbt
Pada 21 Februari 2013 bersamaan Khamis yang lepas-lepas, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UIAM telah mengadakan Mass Gathering yang pertama bagi semester 2 12/13. Bertempat di Level 4 AIKOL, program yang dihadiri oleh hampir 30 orang ahli baru dan lama telah berjaya memperkukuhkan ukhwah sesama kami.


Selamat Hari Lahir GPMS UIAM!




Bersemangat semuanya


Jutaan terima kasih buat mereka yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan perjumpaan kali ini. Terima kasih juga buat mereka yang sudi menghadirkan diri dan memeriahkan lagi suasana. Semoga Allah memberkati pertemuan kita dimalam ini dan dikemudian harinya.

"Lack of will power has caused more failure than lack of intelligence or ability"
Flower A. Newhouse