Assalamualaikum W.B.T ...
Program pertama yang dijalankan oleh GPMS Cawangan Khas UIAM sebagai pembuka semester 2 bagi sesi 2012/2013 ialah aktiviti berkayak yang diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2013. Bermula jam 8.30 pagi, ahli-ahli berkumpul di Tasik Maryam sebelum mula berkayak pada jam 9.00 pagi dan tamat sejam selepas itu. Aktiviti ini diadakan bagi tujuan mengisi waktu hujung minggu ahli-ahli GPMS UIAM dengan aktiviti riadah yang bermanfaat. Dalam masa yang sama, dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli-ahli kami setelah puas bercuti semasa cuti semester yang lepas.
Terima kasih atas sokongan kesemua ahli yang hadir menjayakan aktiviti ini. InsyaAllah, pelbagai aktiviti lebih menarik bakal diadakan pada masa akan datang.
“Kerugian
yang sebenar ialah: apabila kamu meluangkan masa lapang kamu, tanpa melakukan
sebbarang pekerjaan.” (Ibnu 'Ata)
No comments:
Post a Comment