Thursday, 16 August 2012

Aktiviti : Iftar BBQ

Assalamualaikum w.b.t.

Di saat corong-corong radio mula memutarkan alunan lagu-lagu raya, kami dari GPMS Cawangan Khas UIAM gigih menghidupkan arang-arang untuk dijadikan bara api BBQ.

Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan lancar di bawah naungan Saudara Yus sebagai PM. Seramai hampir 40 orang ahli baru dan lama GPMS telah menyertai BBQ kali ini. Turut serta dalam acara makan-makan ini ialah wakil dari GPMS Wilayah Persekutuan dan juga mantan-mantan GPMS UIAM.

Acara bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada pukul 9.00 malam ini nyata mampu mengukuhkan lagi tali persaudaraan di kalangan ahli-ahli. Aktiviti seperti ini boleh dijadikan sebagai satu platform dalam usaha memastikan 'bonding' sesama ahli sentiasa terjalin.







Sedikit perkongsian di bulan Ramadhan ini :

Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Sunday, 5 August 2012

Aktiviti GPMS UIAM di bulan Ramadan 1433

Salam Ramadhan. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui dan sekarang kita telah memasuki 10 fasa terakhir iaitu fasa pembebasan dari api neraka (Freedom from Hell).


Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan kali ini, kami dari GPMS Cawangan Khas UIAM telah berpeluang untuk sama-sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Wangsa Maju. 

Program yang diberi nama MAJLIS SUMBANGAN BULAN RAMADHAN 2012 anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju telah dijalankan pada 29 Julai, 2 Ogos dan 5 Ogos melibatkan sebanyak 5 buah masjid dan juga surau.

 Bertugas sebagai sukarelawan bagi program ini tidaklah sesukar mana. Kami hanya menolong dari segi melancarkan proses pengagihan hamper-hamper kepada penerima. 

Aktiviti-aktiviti sukarelawan begini banyak mengajar kami tentang pentingnya untuk kita mendekati masyarakat setempat yang memerlukan bantuan. Bukan berbangga, tapi kami 'puas hati' tatkala melihat wajah-wajah kegembiraan mereka apabila menerima bantuan sebegitu. 



"Ya Allah, semoga adik-adik mendapat kejayaan" 
- Mak Cik di Surau At-taqwa.

"Buat kerja ni kena ikhlas. Bukan sebab imbuhan atau apa-apa" 

- Pak Cik di Masjid Salahuddin Al-ayyubi.


"Jangan pernah serik buat kerja-kerja macamni" 

- Dato' Syafie.



"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Maafkanlah kami Ya Rabb. Berkatilah kami dalam Bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini permulaan kebaikan dan penghijrahan buat kami ke arah yang lebih baik untuk menambahkan Taqwa kepada-Mu Ya Allah."








Sekian, terima kasih.