Menyedari dan menginsafi keperluan gerakan mahasiswa untuk
mengadakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis
gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara, bagi meningkatan
kesedaran dan partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan
negara Malaysia serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif
terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku, kami, pimpinan gerakan
mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, untuk :
1.
Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker
Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme
dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab
terhadap masyarakat.
2.
Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk
mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian
terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
3.
Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu
semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai
seorang yang terpelajar.
4.
Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa
tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
5.
Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0
dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan
Pilihanraya Umum ke-13.
6.
Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan
kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca
mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
7.
Kesepakatan atas agenda Islam mestilah
diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.
8.
Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam
kepada mahasiswa.
9.
Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan
yang di luar batasan syara’.
10.
Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk
mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan
yang dibuat terhadap pelbagai pihak.
11.
Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana
Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang,
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela
dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam
demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah s.w.t.
Wallahua’lam.
Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh :
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Pen. Setiausaha Agung PKPIM
Pusat
Khairul Azhar Khayun, Koresponden PKPIM UIAM
Aiman Faudzi, JK Informasi & Maklumat PEMBINA Pusat
Mohd Eqwan Mohd Roslan, Presiden PEMBINA UIAM
Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi, Timb. Ketua Biro Media
PEMBINA UIAM
Akram Ikrami Taib Azamudin, Presiden GAMIS
Nur Syazwani, Timb. Pengerusi SIGMA-GAMIS
Marwan Abdullah, Mantan Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan, AJK KARISMA Daerah Gombak
Atikah Mohd Hatta, AJK KARISMA Daerah Gombak
Raafiq Zakaria, Timb. YDP GPMS UIAM
Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian, Ketua Penerangan GPMS UIAM
Nur Adiela Kamarizzaman, Naib Presiden Ma’ruf Club UIAM
Safiuddin Samsir, Bendahari Ma’ruf Club UIAM
Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman, AJK Penerangan Ma’ruf Club
UIAM
Tarikh : 12 Mei 2012
*Institut Forum Siswa (i-FORSIS) adalah penganjur Sidang
Meja Bulat “BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia"
Sumber: http://engineermemali.blogspot.com/
Sumber: http://engineermemali.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment