Thursday, 17 May 2012

Terima Kasih, Cikgu




Assalamualaikum wbt :)

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". 

(Riwayat al-Tirmizi)

16 Mei 2012,

GPMS Cawangan Khas UIAM mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik, yang tanpa jemu memerah keringat mendidik dan mengajar anak-anak bangsa. Yang tanpa perlu diminta bayaran keringatnya. Yang tanpa perlu disogok ilmunya dengan kemewahan dunia. Yang hanya dipinta cuma kejayaan dunia akhirat. Mulianya seorang guru, pendidik, cikgu,teacher atau apapun gelarannya. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas segala ilmu yang dicurahkan olehmu wahai guru. 

Buat semua warga pendidik, you are the role model of society.




A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops. 
(Henry Brooks Adams)

Sunday, 13 May 2012

RESOLUSI Sidang Meja Bulat - “BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia”



Menyedari dan menginsafi keperluan gerakan mahasiswa untuk mengadakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara, bagi meningkatan kesedaran dan partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan negara Malaysia serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku, kami, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, untuk :
1.       Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.

2.       Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.


3.       Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.

4.       Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.


5.       Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.

6.       Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.


7.       Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.

8.       Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.


9.       Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syara’.

10.   Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.


11.   Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh :
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Pen. Setiausaha Agung PKPIM Pusat
Khairul Azhar Khayun, Koresponden PKPIM UIAM
Aiman Faudzi, JK Informasi & Maklumat PEMBINA Pusat
Mohd Eqwan Mohd Roslan, Presiden PEMBINA UIAM
Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi, Timb. Ketua Biro Media PEMBINA UIAM
Akram Ikrami Taib Azamudin, Presiden GAMIS
Nur Syazwani, Timb. Pengerusi SIGMA-GAMIS
Marwan Abdullah, Mantan Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan, AJK KARISMA Daerah Gombak
Atikah Mohd Hatta, AJK KARISMA Daerah Gombak
Raafiq Zakaria, Timb. YDP GPMS UIAM
Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian, Ketua Penerangan GPMS UIAM
Nur Adiela Kamarizzaman, Naib Presiden Ma’ruf Club UIAM
Safiuddin Samsir, Bendahari Ma’ruf Club UIAM
Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman, AJK Penerangan Ma’ruf Club UIAM
Tarikh : 12 Mei 2012

*Institut Forum Siswa (i-FORSIS) adalah penganjur Sidang Meja Bulat “BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia"

Sumber:  http://engineermemali.blogspot.com/

Saturday, 12 May 2012

Aktiviti-Anak Broga 1

Assalamualaikum wbt.
28 April 25 ahli GPMS UIAM telah berjaya menawan puncak Broga.(sebenarnya 24 orang,yang lagi sorang rebah di persimpangan)
Ok nama aktiviti tu memang aku reka je..

Insyaallah shotsem nanti akan ada Anak Broga 2.0..