Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada 13-15 April 2012 yang lepas, GPMS UIAM bersama dengan Puteri UMNO Bahagian Pagoh serta Unit Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir, Muar, Johor telah berjaya menganjurkan Students Enhancement Camp 2012 bertempat di SMK Bukit Pasir.
Seramai 83 pelajar tingkatan 3 sekolah tersebut terlibat sebagai peserta, manakala krew GPMS UIAM terdiri daripada fasilitator dan komiti telah melibatkan diri.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan motivasi para calon PMR sekolah tersebut serta mendedahkan para pelajar dengan tips-tips belajar dengan betul.
Program tersebut turut menjemput Senator Noriah Mahat sebagai VIP serta merasmikan majlis penutupan program.
Alhamdulillah, banyak feedback positif yang kami terima daripada para pelajar serta guru-guru setelah berakhirnya program tersebut.
No comments:
Post a Comment