Assalamualaikum....
Alhamdulillah... pada 16 Mac 2013 yang lalu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UIAM dengan kerjasama GPMS Negeri Pulau Pinang dan GPMS UITM Permatang Pauh dan juga PENCINTA Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Kecemerlangan Pelajar Peringkat Parlimen Tasek Gelugor 2013. Bertempat di SMK Permatang Tok Jaya, program ini disertai seramai 215 orang peserta dari tujuh buah sekolah dikawan parlimen tersebut, 42 orang fasi dari GPMS UIAM dan 21orang fasi dr GPMS UITM telah terlibat dalam program ini.
Pelbagai aktiviti telah direncanakan bagi mengukuhkan dan menaikkan motivasi para pelajar dan mengeratkan hubungan antara peserta dan fasi.
Alhamdulillah program yang berlangsung selama 3hari 2malam itu berjaya membuahkan titik-titik semangat untuk bangkit dan berusaha dalam diri peserta. Ini dapat dilihat daripada respon-respon yang telah kami terima.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bersatu untuk menjayakan program ini.