Monday, 12 March 2012

Aktiviti- Mahabbah Night

Assalamualaikum wbt.

Pada 7 Mac 2012, GPMS Cawangan Khas UIAM telah berjaya menganjurkan Mahabbah Night 2012 bertempat di Mini Auditorium IIUM.

Mahabbah Night, yang dulunya dikenali sebagai Perhimpunan Mahasiswa Melayu (PMM) telah menghimpunkan seramai lebih kurang 130 orang hadirin, yang rata-ratanya pelajar UIAM. Bilangan hadirin ini ternyata di luar jangka, kerana sasaran cuma 80 orang hadirin.

Tajuk diskusi pada malam tersebut adalah "Islam dan Melayu- Kemana Arah Tuju?". Speaker undangan adalah Tuan Haji Aminuddin, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Tahniah kepada Saudara Hairi selaku Pengarah Program bersama krew-krew Mahabbah Night atas kejayaan program. Semoga sambutan memberangsangkan yang diterima kali ini membakar semangat para ahli GPMS UIAM untuk terus menganjurkan program seiring dengan perjuangan GPMS memartabatkan pendidikan anak bangsa.

credit gambar- Munieroh Osman






















Friday, 2 March 2012

Aktiviti- Reunion Famili GPMS UIAM

Tanggal 26 Februari 2012, Sungai Pisang menjadi titik permulaan kepada segala aktiviti serta program yang bakal menyusul dalam kalendar Semester 2 2011/2012.

Aktiviti kali ini menghimpunkan 41 orang ahli GPMS UIAM, baik yang baru atau lama. 

Moga ukhuwah yang kita bina berkekalan dan sentiasa dalam redha Illahi.Amin..

-gambar oleh Munieroh Osman.